GiLiRaN KaMoo...

a

Islamic Widget


Friday, December 17, 2010

KamI MahU BerCuti BerLiBuR...

Melaka Wonderland Theme Park & Resort di Ayer Keroh,Melaka




Pada 15 Mei yang lepas Melaka Wonderland Theme Park & Resort telah dibuka kepada orang ramai. Ini merupakan salah satu lagi tarikan di Negeri Melakaselain daripada Menara Taming Sari,Eye On Malaysia,danWater World. Taman tema ini terletak di Ayer Keroh,Melaka. [rujuk peta]

Melaka Wonderland Theme Park & Resort telah dirangka sejak tahun lepas dan Alhamdulillah,segala perjalanan dan pembuatan projek ini berjalan dengan lancar.

Jom check apa yang cambest pasal Melaka Wonderland Theme Park & Resort.

Ada ura-ura yang mengatakan Melaka Wonderland Theme Park & Resort lagi best,gempak,dan kool daripada Water World Melaka.Sebelum apa-apa sangkaan,jom tengok apa yang cambest.



Taman Tema ini terdapat pelbagai rides atau gelongsor yang gila kool sepertiTornado Chaser,Kamikaze Racer,Rexy Ride,Pony Ride,Crazy Slide,Anaconda Twist,Waver Ride,Family Jollies,dan Pendulum.

Ada jugak disediakan Adventure Island untuk kanak-kanak.River dibina bertepatan dengan pasangan-pasangan yang hendak berdating sambil naik tube. ;p Dan ini paling aku musykil,1 Big Wave.Kenapa nak letak 1 kat depan tu? Oh mungkin pukulan ombak paling kuat di Malaysia? Pengaruh kuat betul lah.

Penat-penat bermain gelongsor,ada juga disediakan tempat untuk kita memuaskan nafsu makan seperti Dino Caffe.

Dan yang paling penting adalah,harga tiket.Sememangnya harga yang ditawarkan amatlah berpatutan.

Dewasa : RM26.00(Hari Biasa),RM30.00(Hari Minggu) Kanak-Kanak : RM20.00(Hari Biasa), RM 25.00(Hari Minggu)

Semoga Melaka Wonderland Theme Park & Resort akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelancong-pelancong yang datang.Untuk keterangan lanjut sila ke http://www.melakawonderland.com.my/

No comments: