GiLiRaN KaMoo...

a

Islamic Widget


Thursday, January 27, 2011

SelaMat TahUn Baru CIna


Pemberian Ang Pau tradisi utama dalam masyarakat Cina

Sejarah Tahun Baru Cina

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Malam Tahun Baru Cina

thn_br_cina_2

Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.

seni-tari-dan-atraksi-barongsai

Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.

Chap Goh Mei

3286516396_ce90b215f7

Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Friday, January 14, 2011

PETUA

MENGEMPISKAN PERUT

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba....

MENCARI ATAU MENGINGATI SESUATI BENDA YANG TERLUPA

Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga. Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah & mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insya Allah barang yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula.

Amalkan membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ), dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari. Cubalah sendiri. Petua ini telah saya amalkan dan setakat ini sungguh berhasil sekali.

HILANGKAN LENDIR BENDI

Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Kemudian sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping itu apabila sayur tersebut hendak diangkat. Insyaallah lendir pada sayur bendi itu akan hilang serta-merta.Satu cara lagi, basuh dahulu bendi yang hendak dimasak, kemudian barulah potong bendi tersebut sebelum dimasukkan dalam masakan

MELANSINGKAN BADAN

Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:

1.Dua biji lobak merah dipotong

2.Sebiji mentimun segar

3.Sebiji limau nipis

Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

AWET MUDA DAN MENARIK

Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.

Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.

1.Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.

2.Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.

3.Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

LEGAKAN SAKIT KEPALA

Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh

menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak

membakar kalori pada tahap yang sama lagi

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum

air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN

LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Jika anda terasa ingin makansnek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam MakananBijirin penuh adalah sumber

utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila

mereka menukar motif

mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk

memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama.
Ini dap

at mencantik dan merampingkan peha.

PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan Darah Tinggi

  • Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
  • Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
  • Makanlah biji buah Peria.
  • Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
  • Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
  • Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
  • Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
  • Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang

Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi

Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

Menghilangkan Kencing Manis

Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba

sebagai pencegahan awal.

Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik

Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan... insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!

Tajamkan Penglihatan

Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

Melawaskan Kencing

Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

Menurunkan Darah Tinggi

Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

Menghilangkan Sakit Kencing Manis

Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/bertengkumus (bertengkumus maksudnya berselubung) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. (Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah

selama satu bulan.

Wednesday, January 12, 2011

PENGAMBILAN JANUARI 2011


KOLEJ PBPKOLEJ PERDAGANGAN BATU PAHAT (JR0017103-M)53, Jalan Hj Abu, 84000 Muar, Johor.Tel : 06-953 3894 / 012-9751723 Fax : 06-953 0676 Email: kolejpbp@yahoo.com

LATAR BELAKANG

Kolej PBP telah ditubuhkan pada tahun 2010 di Muar, Johor. Ianya terletak di tengah-tengah Pusat Bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan yang sedia ada. Objektif kolej ini ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada para lepasan SPM untuk menceburi bidang vokasional dan kemahiran bagi melahirkan tenaga pekerja mahir. Keutamaan penubuhan kolej ini adalah berasaskan kepada unsur-unsur akademik, praktikal serta kemahiran demi mencapai matlamat Wawasan 2020. Selain itu, kolej ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar dalam bidang sains atau sastera untuk membuat pilihan kedua dengan menceburi bidang teknikal dan kemahiran.

BIDANG YANG DITAWARKAN

Kolej PBP menawarkan kursus utama dalam bidang: Sijil/Diploma Sistem Komputer (Pembantu Eksekutif Sistem komputer) anjuran Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK). Kursus ini Akan dijalankan dari 11/2 hingga 3 tahun bagi kursus Diploma, secara sepenuh masa.

JADUAL PEMBELAJARAN

Kolej PBP beroperasi dari Isnin hingga Jumaat ( 8.30 a.m – 10.00 p.m). Kebanyakan kelas dilaksanakan pada waktu siang. Latihan Pra-Industri juga akan diberikan kepada para pelajar dan dijamin peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

PINJAMAN

Yuran kursus dibiayai 100% oleh Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) termasuk elaun sara hidup setiap bulan sepanjang kursus dijalankan dan asrama disediakan bagi mereka yang memerlukan.

PERSIJILAN

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) ditauliahkan sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

ALAMAT KOLEJ PBPKolej PBPNo. 53 Tingkat 1, Jalan Hj. Abu,84000 Muar, JohorTel : 06-9533894 Fax : 06-9530676/06-9533894E-mail : kolejpbp@streamyx.com Laman Web : www.plt-i.com